Assalamualaikum saudari wardah,
Abang-abang dan kakak-kakak PM dan MPP bukan sengaja menghentam pos aduan dan komen adik, namun apa yang jelas kelihatan di sini ialah seolah adik wardah terlalu objektif dengan apa yang ingin disampaikan. Walaupun adik berasa geram dan beremosi, namun diingatkan bahawa kemungkinan perkataan yang dilontarkan adalah tidak benar dan menyinggung perasaan orang lain.
Saya bagi pihak MPP dan PM memohon maaf sekiranya adik berasa tidak selesa dengan MMS 09/10 yang telah dilangsungkan. Tapi harus diingat, adik terlalu spesifik dengan tujuan adik untuk memberi teguran dengan cara yang salah dan mempunyai unsur-unsur sindiran kepada individu yang lain.
Saya selaku insan yang dipertanggungjawabkan untuk mengharmonikan forum aduan ini ingin memohon adik untuk berbicara secara terus kepada kami atau berjumpa kepada Abu Sufian sendiri sebelum membuat kenyataan-kenyataan yang tidak benar. "Memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh" perbetulkan sekiranya saya memberi perumpamaan dalil yang kurang tepat.
Adik, saya nasihatkan agar adik memohon maaf dan memuhasabah serta merenung kembali ilmu agama dan pengurusan yang mungkin adik belum pelajari sebelum ini..
Saya memberi cadangan agar adik memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana kenyataan adik sememangnya hanya berlandaskan intuisi dan firasat sahaja dan bukan berasaskan fakta yang sah dari orang yang sepatutnya adik dapatkan informasi tersebut..
Wassalam





