Perlaksanaan perubahan mendadak tidak akan kelihatan tapi beransur-ansur anda akan melihat beberapa penambahbaikan. MPP itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan dramatik seperti membangunkan sebuah bangunan dalam sekelip mata dalam tempoh penjawatan mereka. Oleh yang demikian, para pelajar harus sedar bahawa mereka mewakili anda dan apa yang sering dilihat ialah para pelajar sendiri hanya mendiamkan permasalahan mereka tanpa memberikan peluang kepada organisasi ini untuk mendengar dan mengambil tindakan.
"Fikir dahulu sebelum meluahkan. Minda Universiti, bukan minda murahan"


